Recipe : Chinese Style Roasted Chicken Rice
Assalamualaikum…
Rase nye ni 1st time saya nak tulis resepi pulak. Actually
saya ni minat sangat memasak dan makan! Dulu sebelum
kenal Encik Husband, memang less time nak memasak. Maklum la… single lagi. So
workaholic je la keje nye… Bos masa tu pun suke hanta saya outstation. So xde
la kerajinan memasak lagi. Tapi bila dah start serious relationship dengan
Encik Husband (masa tu boyfren lagi), slowly saya jadi rajin memasak sebab
Encik Husband suka makan macam saya. So I’ve made up my mind untuk cook for him
just to impress him. Cewahh… zaman bercinta ape pon sanggup katakan. So I learn
a lot Malay cook from Mr Google. Alhamdulillah stakat ni resepi dari Mr Google
berhasil. To be honest, I don’t know how to cook Malay signature. Hihi… Maklum
la.. im not Malay background. Yes im a Borneo Girl and more expose to Chinese Cuisine.
Okay panjang pulak introduction ni. So today Leena nak share a
humble recipe and hope it works to you. Sebab it works to me and it taste
yummssss!!!
Chinese Style Roasted Chicken Rice
Bahan-Bahan:
A . Untuk Ayam
- · 1 ekor ayam (jangan dipotong)
- · 1 tbs Chinese 5 spices
- · 1 ts salt
- · 1 tbs honey
B. Untuk Nasi Ayam
- · 3 Beras
- · 3 Biji Bawang Putih
- · 1 tbs minyak
- · Sedikit Lemak atau Kulit Ayam
- · Stock ayam atau air rebusan ayam
C. Untuk Air Rebusan
Ayam
- · 1 Biji Bawang Merah
- · 3 Biji Bawang Putih
- · 1 Inch Halia
- · Kaki ayam
- · Leher ayam
D. Sos cili Nasi
Ayam
- · Cili Merah Besar
- · Cili Padi Merah
- · ½ Inch Halia
- · 2 Biji Bawan Putih
- · 3 Biji Limau Kasturi (dibuang biji)
- · 1 tbs gula
- · 1 ts salt
Cara-cara:
Perkara pertama yang harus kita buat ialah buat air rebusan ayam
dahulu kerana kita perlu air rebusan untuk buat nasi ayam. Cara Leena mudah je bab
air rebusan ayam ni. Semua bahan-bahan rebusan seperti bawang merah, bawang
putih, dan halia, kita pecah kan je.. Pecah kan tau.. bukan tumbuk lumat. Lepas
tu, masokkan dalam periuk yang diisi dengan air. Kaki ayam dan leher ayam pon
kite massokan jugak dlam periuk then rebus sampai mendidih.
Sementara tunggu air rebusan tu mendidih, kita
start buat perapan untuk roasted chicken pulak. Lepas basuh ayam, kene tos
sampai kering. Nanti senang kite nak sapu perapan kt ayam tu. Ok gaul semua
bahan perapan iaitu Chinese 5 spice, garam dan madu dalam mangkuk kecil. Lepas
gaul dengan sebati, kita pon sapu la perapan tu pada ayam. Lebih kan perapan tu
pada dalam ayam ok. Sebab kita nk rasa tu serap ke dalam isi ayam. Sesudah kita
sapu perapan tu, kita biar ayam tu untuk 1 jam. Kita bagi masa untukperapan tu
serap. Baru la auummmm sedapp…
Ok masa ni mesti air rebusan kita dah pon mendidih
kan. So next step is kita buat nasi plak. Bawang putih tu kite pecah kan jugak.
Atas dapur, kita pakai periuk nasi kita untuk goreng bawang putih tadi sampai
warna keemasan. Lepas tu kita masokkan lemak ayam atau kulit ayam ke dalam
periuk nasi. Goreng sampai kulit ayam atau lemak ayam tu menjadi garing. Lepas
tu kita masokkan beras yang dah dicuci dan tos. Gaul beras dan bawang tu
seketika. Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Lepas tu kita
terus angkat periuk nasi tu dan guna rice cooker masak nasi tu. Ok selesai
bahagian nasi.
Sambung pulak bab ayam roasted kite tadi. Sebelum kita bakar ayam kite tadi tu, panaskan ketuhar selama 10 minti dengan suhu 220º ye. Pastikan api ketuhar atas dan bawah menyala supaya ayam kita atas dan bawah masak sekali. Selepas panaskan ketuhar, kita masokkan ayam kita dan bakar selama minit. Oh ye lupa, sebelum kita bakar, sapu dahulu minyak pada ayam. Tak pasal ayam tu tak masak dan kering terlajak. Hihi… Lepas 30 minit, kita keluarkan ayam kita sapu lagi minyak dan bakar untuk 15 minit lagi. Suhu ketuhar ni bergantung pada ketuhar masing-masing ye. Kene faham ketuhar masing-masing. Bakar sehingga ayam kita warma dark brown atau warna ala-ala ayam Kenny Rogers gitew.. Then siap!
Untuk sos nasi ayam pulak lagi lah senang. Semua
bahan sos tadi kite blend je! Cuma perlu tambah sedikit air rebusan ayam tadi
untuk cairkan sos.
Setelah selesai untuk nasi, ayam roasted dan sos,
lastly… Air rebusan ayam tadi tu, masokkan sedikit garam dan lada putih bagi
perasa sup tu.
Then siap! Roasted chicken rice ala Chinese Style
Selamat mencuba resepi cowboy dari saya
Comments
Post a Comment